Kelas Photo Mini Studio

28 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Suasana Kelas Photo Mini Studio Box pagi ini yang di kendalikan oleh Encik Ilham selaku pengurus Pusat Internet Kg Chengal. Objektif kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara dan teknik fotografi yang menarik dengan menggunakan mini studio box sahaja. Selain itu, peserta di ajar cara penggambilan gambar dari angle yang betul untuk mempromosikan produk mereka.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pejabat Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd, UTC Kota Bharu anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan ICT Gateway serta kerjasama Pusat Internet Kg Chengal. Tenaga pengajar Encik Ilham merupakan pengurus Pusat Internet Kg chengal, dijemput secara rasminya bagi mengendalikan kelas photo mini studio dari jam 8.00 pagi hingga 1 Petang.

Moga dengan Kelas Photo Mini studio box ini dapat menyuntik semangat peserta dalam menghasilkan gambar-gambar yang menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas